Hotel Avillion Port Dickson raikan anak yatim

Hasni (empat dari kanan) bergambar bersama anak-anak yatim Kampung Sri Rusa dalam majlis berbuka di Hotel Avillion, semalam.
Hasni (empat dari kanan) bergambar bersama anak-anak yatim Kampung Sri Rusa dalam majlis berbuka di Hotel Avillion, semalam.
A
A
A

PORT DICKSON - Di penghujung Ramadan yang penuh keberkatan ini, Hotel Avillion Port Dickson mengambil kesempatan menganjurkan Majlis Berbuka Puasa bersama anak-anak yatim dari Kampung Sri Rusa di sini semalam.

Seramai 30 anak-anak yatim diraikan dalam majlis iftar itu, yang turut disertai oleh semua Ahli Lembaga Pengarah Avillion Berhad, serta Pengarah Urusan Kumpulan Avillion Berhad, See Ah Seng.

Majlis yang diadakan secara santai itu, turut dimeriahkan dengan pemberian sumbangan duit raya kepada anak yatim dan cenderahati kepada semua tetamu yang hadir.

Menurut Pengurus Besar Hotel Avillion, Hasni Hashim, program yang memasuki tahun ke-15 itu merupakan majlis tahunan yang wajib dilakukan setiap kali bulan Ramadan.

Hasni (empat dari kanan) bergambar bersama anak-anak yatim Kampung Sri Rusa dalam majlis berbuka di Hotel Avillion, semalam.
Hasni (empat dari kanan) bergambar bersama anak-anak yatim Kampung Sri Rusa dalam majlis berbuka di Hotel Avillion, semalam.

“Ini adalah program CSR kami yang diadakan pada setiap tahun untuk meraikan anak-anak yatim yang tinggal di kampung berhampiran.

“Alhamdulillah, kita boleh nampak dari riak wajah anak-anak comel ini gembira bersama ibu mereka makan di sini, dan dilayan oleh kakitangan hotel dengan penuh kemesraan.

“Apa yang kami harapkan, mereka rasa dihargai dan tidak rasa terpinggir, kerana ada ramai insan lain di luar sana yang mengambil berat serta menyayangi mereka,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Sebahagian anak yatim mengambil makanan untuk juadah berbuka di Hotel Avillion, semalam.
Sebahagian anak yatim mengambil makanan untuk juadah berbuka di Hotel Avillion, semalam.

Hadir sama, Penyelaras DUN Bagan Pinang, Ibrahim Khan.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai perkembangan terkini hotel tersebut, Hasni memaklumkan pihaknya kini dalam perancangan untuk menambah nilai bilik hotel dan resort.

Katanya, hotel yang telah beroperasi lebih 20 tahun ini mempunyai 260 bilik serta mengutamakan konsep dan corak kampung nelayan seperti resort atas air, bagi menarik tumpuan pelancong.

“Pelancong kita ramai daripada luar terutamanya China dan Eropah, jadi kita harus kekalkan konsep sedia ada bagi menarik perhatian mereka, dan dalam masa yang sama kita menambah nilai segala fizikal di resort ini, bagi memastikan kita dapat bersaing dengan hotel baru lain secara sihat.,” katanya.

Anak-anak yatim dilayan oleh kakitangan hotel dengan mesra.
Anak-anak yatim dilayan oleh kakitangan hotel dengan mesra.