Pengarah agensi pelancongan didenda RM5,000

Razali dibawa pihak pendakwaan KPDNHEP Taiping ke Mahkamah Majistret Taiping untuk dibicarakan di sini hari ini.
Razali dibawa pihak pendakwaan KPDNHEP Taiping ke Mahkamah Majistret Taiping untuk dibicarakan di sini hari ini.
A
A
A

TAIPING - Seorang pengarah agensi pelancongan dijatuhkan hukuman denda keseluruhan RM5,000 oleh Mahkamah Majistret Taiping atas lima pertuduhan menipu urusan pakej haji, dua tahun lalu.

Majistret Mohd Hairul Jemain menjatuhkan hukuman itu ke atas tertuduh, Razali Abdul Rahman, 62, yang menukar pengakuan kepada bersalah terhadap lima pertuduhan itu.

Bagaimanapun, lima pertuduhan tambahan terhadap syarikat milik tertuduh, Mast Travel Sdn Bhd digugurkan selepas tertuduh mengemukakan representasi.

Mengikut pertuduhan, pada 16 Ogos 2018, tertuduh dan Syarikat Mast Travel Sdn Bhd telah gagal selepas 14 hari dari tarikh serahan award pada 1 Ogos 2018 untuk mematuhi Award Tribunal Pengguna Malaysia bertarikh 8 Februari 2018 di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia, Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Taiping.

Award Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia itu memerintahkan penentang hendaklah membayar balik RM5,000 kepada lima pihak menuntut dalam masa 14 hari dari tarikh award diserahkan.

Masa kesalahan dilakukan, tertuduh merupakan pengarah syarikat dan kesalahan dihukum di bawah Seksyen 117(1) Akta Pelindungan Pengguna 1999 (Akta 599) dan dibaca bersama bersama Seksyen 143 Akta sama.

Jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjara dua tahun atau kedua-duanya.

Terdahulu, tertuduh memohon hukuman diringankan atas alasan menghidap angin ahmar dan menjaga isteri menghidap penyakit barah payudara.

Artikel Berkaitan:

Mohd Hairul kemudiannya menjatuhkan hukuman denda RM1,000 atau dua bulan penjara bagi setiap pertuduhan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Afiqa Liyana Rozman manakala tertuduh tidak diwakili peguam.