Judi atas talian: Polis Johor serbu tiga premis

Antara premis yang diserbu polis. Aplikasi judi online yang dikesan polis dalam serbuan tersebut.
Antara premis yang diserbu polis. Aplikasi judi online yang dikesan polis dalam serbuan tersebut.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Polis Johor membuat serbuan ke atas tiga premis berasingan yang disyaki menjalankan sindiket judi atas talian di sekitar kawasan Pasir Gudang dan Seri Alam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Senior Asisten Komisioner Kamaluddin Kassim berkata, serbuan dilakukan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor bersama Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam dan Ketua Balai Pasir Gudang.

"Serbuan sekitar jam 6.35 petang semalm ini dilakukan ke atas tiga premis berasingan dan telah berjaya menangkap 13 lelaki tempatan dan dua lelaki warga asing yang merupakan pelanggan di premis tersebut.

"Manakala tiga perempuan warga asing, dua lelaki warga tempatan dan seorang lelaki warga asing berperanan sebagai penjaga premis. Kesemua tangkapan berumur di antara 21 hingga 65 tahun," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kamaluddin berkata, dalam serbuan tersebut, polis merampas 18 buah telefon bimbit pelbagai jenama, enam keping kertas putih, seutas beg dan wang tunai berjumlah RM1,522 dan S$60.

Katanya, kes disiasat di bawah Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Akta Imigresen 1959/63.

"Polis Johor menyeru orang ramai untuk menyalurkan sebarang maklumat jika terdapat aktiviti-aktiviti seperti ini di kawasan masing-masing yang bergerak secara bersembunyi," katanya.

Artikel Berkaitan: