Aliff Aziz memberi bayangan ingin rujuk semula

Ciapan Aliff Aziz di laman mikro Twitter miliknya.
A
A

SEBELUM ini, penyanyi Aliff Aziz ada berkongsi rasa rindu terhadap anak tunggalnya selepas berpisah dengan Bella Astillah.

Terbaru penyanyi itu turut memberi bayangan seolah-olah ingin rujuk kembali dengan bekas isterinya itu.

Ia dikongsikan Aliff, 28, menerusi ciapan di laman Twitter miliknya pagi tadi sehingga menarik perhatian ramai.

"Ya ALLAH satukan jodoh kami. Seandainya dia bukan jodohku, jadikanlah aku jodohnya," tulis Aliff.

Selain komen nakal netizen yang bertanyakan siapakah wanita yang dimaksudkan Aliff memandangkan ada beberapa wanita yang terpalit kontroversi dengan dirinya namun tidak kurang juga yang mendoakan.

"Amin... semoga diterima oleh ALLAH," tulis Mira.

Antara paparan ciapan Twitter Aliff Aziz
Antara paparan ciapan Twitter Aliff Aziz

Selain itu, terdapat juga yang memberikan nasihat serta berkongsi doa supaya hasrat penyanyi itu tercapai.

Aliff dan Bella, 25, bercerai dengan talak satu pada 16 Mei lalu.

Sementara itu memetik Mstar Online pula, Bella Astilah berkata, dia turut tertanya-tanya mengenai status penyanyi itu di Twitter yang membayangkan ingin merujuk semula perkahwinan mereka.

Foto:Instagram Bella Astilah
Foto:Instagram Bella Astilah

Bagaimanapun Bella atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah berkata, dia perlu menjaga hati banyak pihak dalam memberi sebarang kenyataan berkaitan kontroversi rumah tangga mereka sebelum ini.

"Saya tidak mahu komen kerana ia melibatkan banyak hati. Lagi pula status itu tidak tahu ditujukan kepada siapa.

"Kami baru bercerai dan saya pula sudah mula fokus bekerja. Saya tidak mahu orang cakap apabila tak henti beri kenyataan," katanya.

Tambahnya lagi, fokusnya kini untuk membesarkan anak dan berharap semua pihak mendoakan yang baik-baik dengan jalan yang dipilih oleh mereka.

Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan bercerai pada 16 Mei lalu.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Mohamad Ayden Adrean yang kini berusia dua tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff, Bella sah bercerai


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia