Peluang vendor ganda keuntungan

A
A
A

SHAH ALAM - Pa&Ma Baby Fiesta 2019 yang akan diadakan pada 2 hingga 4 Ogos ini di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) bermula jam 10 pagi hingga 9 malam, bakal menjadi peluang keuntungan berganda kepada vendor yang turut serta dalam ekspo tersebut.

Pengurus acaranya, Emma Masri berkata, ekspo fiesta nombor satu pilihan ibu bapa anjuran Ideaktif dan dibawakan oleh Pa&Ma menyediakan lebih 114 ruang niaga umum untuk pengusaha atau pengeluar produk bayi serta ibu mempamer dan menjual produk masing-masing.

“Kami menawarkan ruang niaga kepada pengusaha atau pengeluar produk bayi, kanak-kanak dan ibu untuk menempah gerai jualan di fiesta ini pada harga berpatutan.

“Tawaran diskaun sebanyak 10 peratus diberikan menerusi pendaftaran awal sehingga 25 Jun akan datang dengan pilihan kategori ruang niaga iaitu Gold, Silver dan Bronze di mana saiz ruang niaga tersebut berukuran 10x10 kaki persegi.

“Jadi, rebut peluang ini segera sebagai vendor kerana sambutan sehingga kini untuk menjadi vendor amat menggalakkan,” katanya pada sesi bersama media baru-baru ini.

Menurutnya, bakal vendor tidak perlu bimbang dengan sambutan pengunjung kerana pihaknya akan memastikan jumlah pengunjung lebih 100,000 akan hadir ke ekspo tersebut sepanjang tiga hari diadakan.

“Selain jenama Pa&Ma sendiri yang telah 19 tahun berdiri kukuh di negara ini berjaya mencatatkan 400,000 jualan majalah dan lebih tiga juta pengikut di laman web, pastinya akan menjadi salah satu penarik pengunjung ke ekspo ini nanti.

“Promosi habis-habisan juga akan kami lakukan termasuk pengiklanan di papan iklan gergasi dan turut diselitkan dalam program televisyen Mingguan Wanita termasuk radio dan Sinar Harian,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Platform digital Pa&Ma

Emma berkata, sepanjang ekspo itu juga, produk vendor yang terpilih akan turut dipromosikan di tiga bahagian promosi pada platform digital Pa&Ma.

“Jadi bukan sahaja vendor dapat mempromosikan produk di tapak ekspo, malah produk mereka yang dipilih juga akan dipromosikan di platform digital kami agar dapat menarik pengunjung yang melihat tawaran tersebut hadir ke ekspo untuk mendapatkan produk berkenaan.

“Tiga tawaran promosi ini adalah promosi RM1 sahaja, kedua promosi belian awal (pengunjung yang datang awal pada jam 10 hingga 10.59 pagi akan diberikan diskaun istimewa) dan ketiga, promosi terlajak jimat,” katanya.

Penganjur juga, kata Emma akan memenuhkan ekspo itu dengan pelbagai aktiviti menarik untuk pengunjung yang pastinya memberi banyak manfaat baik kepada pengunjung dan vendor.

“Vendor jangan bimbang, kita penganjur akan penuhkan acara ketika ekspo dengan pelbagai aktiviti kreatif, seronok dan bermanfaat yang beri didikan dan pengajaran.

“Antaranya ada seminar, bengkel, demonstrasi, pelbagai pertandingan untuk bayi dan juga meet & greet bersama selebriti yang pernah menjadi pengacara bagi program televisyen Pa&Ma,” katanya. Tawaran diskaun

Bagi pengunjung pula, menariknya di Pa&Ma Baby Fiesta, mereka berpeluang menikmati pelbagai tawaran diskaun sehingga 90 peratus yang pastinya tidak patut dilepaskan.

“Antara tawaran dan aktiviti menarik sepanjang ekspo adalah hadiah cabutan bertuah bernilai RM18,000 keseluruhan, pertunjukan fesyen ibu hamil, pertandingan bayi merangkak, Super Hero Junior Party, pertandingan mewarna dan demo yoga.

“Ada seminar juga kami selitkan seperti Seminar Membesarkan Anak Hebat Dengan Susu Ibu bersama Datuk Dr Hamid Arshat dan diadakan juga Pelancaran Pa&Ma Community serta pemeriksaan kesihatan oleh Hospital Avisena,” kata Emma.

Penganjur berharap ekspo skala besar kali pertama itu akan menjadi ruang ibu bapa mendapatkan keperluan yang diingini dengan harga berpatutan dan mendapat ilmu berguna.

“Ia juga memberi peluang vendor melipat gandakan keuntungan dengan sambutan pengunjung selama tiga hari.

“Jangan lupa juga gunakan tanda pagar #pamababyfiesta2019, #ekspoprodukbayi dan #babyexpomalaysia,” katanya.

Untuk maklumat lanjut mengenai fiesta dan harga gerai jualan boleh hubungi sekretariat di talian 019-6753057 atau ikuti di Facebook Pa&Ma Baby Fiesta atau layari laman web www.majalahpama.my.