Kucing 'dipos' sejauh 1,126 km?

Baloo (gambar kecil) ditemui di dalam kotak hingga ke Montreal.
Baloo (gambar kecil) ditemui di dalam kotak hingga ke Montreal.
A
A
A

MONTREAL - KANADA. Seekor kucing telah melancong secara tidak sengaja dengan melompat ke dalam kotak lama sebelum dipos sejauh 1,126 kilometer (km) merentasi Kanada.

Diberi nama Baloo, kucing dari Nova Scotia itu akhirnya ditemukan di Montreal.

Pemiliknya, Jacqueline Lake memberitahu, dia bersama ahli keluarganya telah puas mencari Baloo namun hampa.

Kehilangan Baloo mula disedari pemandu sebuah syarikat penghantaran barang.

Kakitangan itu mula berasa hairan kerana menjumpai kesan air kencing di dalam traknya.

Baloo dikatakan terperangkap di dalam kotak tersebut pada 6 Disember lalu selama 17 jam perjalanan.

Difahamkan, pemandu berkenaan telah menghubungi pusat perlindungan haiwan untuk maklumkan penemuan itu.

Setelah kucing itu telah dikenalpasti adalah Baloo, proses penghantaran pulang dilakukan menggunakan khidmat penghantaran barang Purolator. - Metro UK

Artikel Berkaitan: