ATM tingkat rondaan pantau PATI balik raya

Mohamad (depan) bersama anggota TLDM pada Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Bungkusan Hari Raya bersama Warga Kapal Diraja Pahang di perairan Laut China Selatan hari ini.
Mohamad (depan) bersama anggota TLDM pada Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Bungkusan Hari Raya bersama Warga Kapal Diraja Pahang di perairan Laut China Selatan hari ini.
A
A
A

KUANTAN - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terus memperhebatkan rondaan serta penguatkuasaan di perairan negara dalam usaha mengekang pergerakan keluar masuk pendatang asing tanpa izin (PATI) serta membanteras aktiviti penyeludupan di laut.

Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu berkata, pihaknya di bawah kawalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan mempertingkatkan rondaan dengan kerjasama Polis Marin Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

"Setiap hari boleh katakan ada sahaja tangkapan pendatang asing dan menjadi perkara biasa kepada pasukan kita. Kita amat mengambil berat mengenai perkara ini.

"Satu mesyuarat khas kabinet mengenai PATI diadakan baru-baru ini dan rondaan serta penguatkuasaan akan diperketatkan lagi dengan kerjasama gabungan anggota penguat kuasa yang lain demi keamanan negara kita daripada pendatang asing," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Bungkusan Hari Raya bersama Warga Kapal Diraja Pahang di perairan Laut China Selatan di sini hari ini.

Turut hadir sama, Panglima Tentera Laut, Datuk Mohd Reza Mohd Sany dan Panglima Wilayah Laut 1, Abu Bakar Mohd Ajis.

Artikel Berkaitan: