454 papan iklan haram di PLUS NS

Teo Kok Seong menunjukkan statistik papan iklan haram di sepanjang Lebuhraya PLUS.
Teo Kok Seong menunjukkan statistik papan iklan haram di sepanjang Lebuhraya PLUS.
A
A
A

SEREMBAN - Sebanyak 454 papan iklan tidak berlesen atau haram dikenal pasti berada di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS).

Exco Kesejahteraan Bandar, Perumahan Kerajaan Tempatan dan Kampung Baru Negeri Sembilan, Teo Kok Seong berkata, ia meliputi kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Nilai(MPN), Majlis Perbandaran Seremban(MPS) dan Majlis Daerah Rembau(MDR).

Menurutnya, pihaknya kesal kerana tempoh pemutihan yang diberi kerajaan negeri kepada pemilik papan iklan berkenaan untuk membuat permohonan permit tidak diendahkan.

"Kawasan operasi MPN mencatatkan jumlah paling tinggi papan iklan haram iaitu (429) yang mana sebanyak (326) kompaun dikeluarkan dan (168) notis roboh.

"Kita kemukakan notis kepada pemilik untuk buat permohonan permit bagi proses pemutihan sehingga 15 April lalu, namun hanya 60 unit papan iklan pelbagai syarikat beri maklum balas dan bersetuju kemukakan permohonan permit," katanya pada sidang media di Wisma Negeri di sini hari ini.

Menurutnya, terdapat 11 papan iklan haram dan sebilan notis roboh membabitkan kawasan MPS manakala 14 papan iklan haram dan 5 kompaun dikeluarkan di kawasan MDR.

"Secara keseluruhan sebanyak 75 papan iklan akan dirobohkan meliputi 58 buah di kawasan MPN, sembilan lagi kawasan MPS dan 8 pula di kawasan MDR.

"Untuk rekod sebanyak sembilan papan iklan di kawasan MPN dirobohkan kerana tidak mengendahkan arahan dikeluarkan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Kok Seong berkata, jika tiada permohonan permit dibuat pemilik kepada PBT, operasi merobohkan papan iklan berkenaan akan dilaksanakan selepas Aidilfitri ini.

"Sebab itu pentingnya untuk mereka mohon permit kerana kita nak pastikan struktur papan iklan itu selamat dan tidak mahu insiden papan iklan runtuh menghempap sebuah rumah yang pernah berlaku di Labu dulu berulang lagi.

"Tapi nampaknya ada yang masih tidak bertanggungjawab dan fikirkan keuntungan semata-mata,"katanya.

Menurutnya, pemilik tanah supaya diingatkan tidak sewenangnya memberi sewa tanah kepada pihak tertentu untuk mendirikan papan iklan.