Kesusahan hidup pencetus semangat Masdiana lakar kejayaan

A
A
A
KEJAYAAN tidak datang bergolek, semuanya perlukan usaha, semangat dan pengorbanan.

Demi mengejar impian membawa kehidupan keluarga yang lebih sempurna, wanita cekal ini nekad melepaskan kerjayanya dan menceburi bidang perniagaan meskipun tidak mendapat sokongan.

Manakan tidak, rezeki sebagai guru tabika terpaksa dikorbankan untuk mengejar kehidupan yang lebih sempurna bersama keluarga tersayang.

Yakin dengan keputusan itu, Masdiana Mohamadiah, 31, tidak menoleh lagi. Setelah setahun empat bulan bersama Meeracle, dia melepaskan kerjayanya, untuk lebih fokus dalam perniagaan.

Baginya, tiada rasa kesal, apatah lagi kerjaya baharu yang diceburi menjanjikan rezeki yang lebih buatnya.

Meskipun diherdik dengan kata-kata sinis sehingga digelar tidak bijak, ia tidak sesekali mematahkan semangatnya, sebaliknya menjadi kekuatan untuk membuktikan bahawa dia boleh berjaya satu hari nanti.

Kongsi rezeki

Masdiana bangkit membuktikan, hanya dalam tempoh dua tahun bersama Meeracle, dia mampu memiliki beberapa aset, termasuk sebuah pejabat yang terletak di Wisma Selamat Zaini, Semabok, Melaka yang diraih menerusi perniagaan yang diceburinya.

Berkat kegigihannya, Masdiana kini merupakan Master Stokis Meeracle dan berjaya melakukan perubahan besar buat keluarganya.
Artikel Berkaitan:


"Jika dulu, ibu bekerja sebagai pencuci, kini tidak lagi. Begitu juga dengan mak mertua saya, berhenti kerja kilang. Dengan bisnes ini, saya berkongsi rezeki dan mampu memberi wang setiap bulan kepada mereka.

"Suami juga dari seorang 'runner', kini bersama-sama dengan saya menguruskan perniagaan,” katanya yang bersyukur perniagaannya semakin berkembang dengan lebih 2,000 wakil jualan di seluruh Malaysia.

Mengakui bukan mudah untuk sampai ke tahap ini, Masdiana berkongsi, inspirasinya untuk lebih gigih berusaha adalah keluarga yang dahulunya melalui kehidupan yang sukar.

Niat bantu keluarga

Mengimbas kembali perjalanan hidupnya sebelum sampai ke tahap ini, suaranya mula bergetar menahan rasa.

Luahnya, keinginan untuk berniaga itu datang bagi mencari wang tambahan bagi membantu bapa tersayang yang menderita kanser.

Katanya, rawatan kanser serta ubat-ubatan memerlukan modal yang besar, namun sebagai anak, DIA cuba untuk membantu meskipun di luar kemampuannya.

"Dulu saya bekerja dengan pendapatan RM2,000 setiap bulan. Belum lagi ditolak dengan segala bayaran komitmen. Dengan lebihan yang ada, itulah digunakan buat belanja keluarga.

"Ubat-ubatan sahaja perlukan RM900 setiap bulan. Nak beli tiada duit. Sebagai anak, sudah tentu kita cuba untuk membantu walaupun sedikit,” katanya.

Bertitik tolak dari itu, Masdiana berasakan dirinya perlu bangkit melakukan sesuatu, bukan sekadar mengharapkan pendapatan bulanan dari pekerjaan hakiki sahaja.

Pada fikirannya, berniaga atas talian lebih memudahkan, berikutan kekangan modal serta anak-anak yang masih kecil dengan niat untuk membantu keluarga.

Ibu dua anak itu berkata, kejayaan rakan-rakan dengan pendapatan empat ke lima angka setiap hari menjadi inspirasi dan penguat semangatnya, jika mereka boleh, mengapa tidak dirinya, soalnya.

"Bila tengok Facebook, ada yang berkongsi beroleh pendapatan beribu ringgit. Ini menguatkan semangat saya yang akhirnya memilih menjadi dropship untuk Meeracle,” katanya yang kini hamil cahaya mata ketiga.

Dengan menjadikan orang terdekat sebagai pelanggannya, ternyata sambutan diterima amat menggalakkan.

"Daripada dropship, menjadi ejen dengan wang yang dikumpul hasil daripada dropship. Dalam masa singkat, sebulan sahaja saya telah menjadi ejen dan seterusnya bergelar super ejen, stokis dan master stokis ,” katanya yang baru-baru ini menerima kereta mewah sebagai ganjaran setelah diumumkan sebagai wakil jualan terbaik.

Selain Masdiana, dua lagi wakil jualan di bawahnya yang merupakan Super Stokis Meeracle, Farah Shahirah Shafarudin dan Norsilawati Mohamad turut menerima kereta Honda Accord dan Honda City.

Berjaya

Dengan kejayaannya itu, Masdiana yakin lebih ramai wanita mampu berjaya sekiranya ada keinginan dan semangat yang luar biasa.

"Tiada kejayaan yang datang tanpa usaha. Kita perlu berani mencuba dan sentiasa berfikiran positif untuk kekal berjaya. Apabila kita berjaya lebih ramai orang yang dapat dapat berkongsi rezeki dan dibantu,” katanya yang menyasarkan jualan RM3 juta pada tahun ini.

Sebagai dorongan kepada wakil jualannya, Masdiana menawarkan ganjaran kereta antaranya, Honda BRV, City dan Jazz kepada yang berjaya mencapai jualan yang disasarkan.