'JDT lakukan dengan hebat'

KEJAYAAN menewaskan Kedah 2-0 dalam aksi Liga Super di Larkin semalam membuatkan Johor Darul Ta'zim (JDT) terus melebarkan cengkaman selaku pendahulu sebelum saingan liga berehat selama tiga minggu.
Pengurus JDT, Luciano Figueroa nyata gembira dengan kemenangan berharga itu terutama apabila menewaskan sebuah pasukan yang kuat seperti Kedah.
Jelasnya, pemain-pemainnya telah menunjukkan keazaman tinggi untuk mencatat kemenangan meskipun masih dibelenggu keletihan selepas pulang daripada Korea Selatan untuk menempuh perlawanan Liga Juara-juara AFC (ACL).
"Kami baru sahaja pulang dari Korea, tetapi saya merasa sangat teruja kerana para pemain telah memberikan aksi sepenuh jiwa mereka di atas padang. Saya perlu mengucapkan tahniah kepada mereka kerana telah melakukan tugas yang hebat.