Malabari tuntut status Bumiputera

Abu Bakar berkata, ketiadaan status Bumiputera menyebabkan banyak hak dan keistimewaan dinikmati kaum majoriti tidak dimiliki Malabari.
Abu Bakar berkata, ketiadaan status Bumiputera menyebabkan banyak hak dan keistimewaan dinikmati kaum majoriti tidak dimiliki Malabari.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan diminta pertimbang untuk memberikan status Bumiputera kepada etnik Malabari yang berada di negara ini sejak zaman Kesultanan Melaka.

Presiden Malabari Muslim Jama'at (MMJ), Abu Bakar Koyakutty berkata, ketiadaan status Bumiputera menyebabkan banyak hak dan keistimewaan dinikmati kaum majoriti tidak dimiliki mereka.

"Hak ini diperjuangkan bertahun lamanya tetapi sampai sekarang status masih tergantung. Malabari berasal dari Selatan India yang datang ke Tanah Melayu sebagai pedagang. Mengikut teori Malabari adalah yang terawal membawa Islam ke Tanah Melayu.

"Kemudian di zaman British, etnik Malabari turut dibawa masuk ke Tanah Melayu untuk menjadi pegawai kerajaan, penoreh getah dan membuka restoran," katanya kepada Sinar Harian pada Program Ihya Ramadan di sini.

Abu Bakar bersama pimpinan MMJ bergambar sumbangan terdiri daripada anak yatim beberapa rumah sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.
Abu Bakar bersama pimpinan MMJ bergambar sumbangan terdiri daripada anak yatim beberapa rumah sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.

Menurutnya, tiada ketetapan status Malabari di Malaysia seperti kaum majoriti lain Malayu, Cina dan India.

"Status kami bergantung atas budi bicara pegawai yang menguruskan pendaftaran kelahiran. Kami berselerak, ada yang diiktiraf sebagai Melayu dan India. Kami tak mintak banyak, dapat Bumiputera pun dah memadai," katanya.

Dianggarkan terdapat 700,000 keturunan Malabari di Malaysia dan kebanyakannya berada di Johor Bahru, Selangor dan Kuala Lumpur.

Artikel Berkaitan:

Terdahulu, pada program berkenaan beliau menyampaikan sumbangan wang tunai dan makanan kepada 400 penerima terdiri anak yatim, asnaf dan pelarian Syria, Palestin, Yaman dan Rohingya.

Program itu mendapat kerjasama Lembaga Zakat Selangor dan beberapa penaja termasuk Lulu Hypermarket, Malabar Gold and Diamonds, Restoran D'Maju selain syarikat korporat dan orang perseorangan.