Vivy Yusof dilantik Ahli Lembaga Pengarah UiTM

Ucapan tahniah daripada Pengerusi, Ahli Lembaga Pengarah UiTM dan pengurusan eksekutif universiti kepada Vivy Yusof yang disiarkan menerusi beberapa laman sosial semalam.
Ucapan tahniah daripada Pengerusi, Ahli Lembaga Pengarah UiTM dan pengurusan eksekutif universiti kepada Vivy Yusof yang disiarkan menerusi beberapa laman sosial semalam.
A
A
A

SHAH ALAM - Ahli perniagaan muda terkenal yang merupakan pengasas Fashion Valet dan dUCK Group, Datin Vivy Sofinas Yusof atau Vivy Yusof dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang baharu.

Perkara itu dikongsikan oleh Vivy sendiri menerusi satu hantaran berserta gambar berhubung pelantikan yang dibuat oleh Kementerian Pendidikan.

"Meremang apabila saya melihat ini. Alhamdulillah, saya diberikan tugas yang besar daripada Kementerian pendidikan sebagai Ahli Lembaga Pengarah UiTM yang paling muda, universiti yang sangat disayangi di Malaysia.

"Saya sangat menghormati pengerusi serta barisan ahli lembaga pengarah yang lain atas apa yang mereka lakukan. Biarpun tidak memiliki pengalaman yang setara dengan mereka, saya berharap dapat memberikan sumbangan.

"Sumbangan dari segi idea yang segar dan beberapa pembaharuan kepada UiTM. Semoga ia mampu memberi manfaat kepada industri pendidikan dalam pelbagai cabang," katanya menerusi akaun Instagramnya.

Antara kejayaan beliau dalam dunia perniagaan ialah berjaya memenangi Bella Business Award 2013, Women’s Weekly Malaysia’s Finance and Commerce Nominee untuk anugerah Great Women of Time Awards 2015 dan tersenarai dalam 60 Wanita Inspirasi Nona.

Beliau juga pernah menerima Anugerah Usahawan Muda daripada Tribute To Women Malaysia dan pada April 2017 dan Vivy disenaraikan sebagai salah seorang individu daripada Forbes 30 Under 30 di Asia.

Dalam pada itu, Naib Canselor UiTM, Prof Dr Mohd Azraai Kassim turut mengucapkan tahniah kepada Vivy menerusi akaun Twitter beliau.

Artikel Berkaitan: