IPD Batu Pahat tumpaskan sindiket curi motosikal

Azhan (dua, kanan) menunjukkan rangka motosikal yang berjaya ditemui semula.
Azhan (dua, kanan) menunjukkan rangka motosikal yang berjaya ditemui semula.
A
A
A

BATU PAHAT - Polis berjaya menumpaskan satu sindiket curi motosikal dan menyelesaikan beberapa kes kecurian motosikal yang dilaporkan di daerah ini dan beberapa daerah lain.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Azhan Abdul Halim berkata, pihaknya berjaya menahan seramai 12 suspek berumur di antara 18 hingga 27 tahun sepanjang Mei ini.

"Daripada tangkapan ini, kami telah berjaya menyelesaikan sembilan kes kecurian motosikal iaitu enam kes di daerah Batu Pahat dan masing-masing satu kes bagi daerah Pontian, Kulai dan Johor Bahru Selatan.

"Setakat ini enam daripada tangkapan telah diperolehi arahan untuk dituduh di bawah kesalahan mencuri kenderaan, manakala saki-baki ahli kumpulan ini akan diambil tindakan di bawah Akta Pencegahan Jenayah (Poca)," katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat, hari ini.

Menurutnya, kesemua suspek akan dituduh di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dijatuhkan hukuman penjara tidak kurang setahun dan tidak melebihi tujuh tahun atau denda jika sabit kesalahan.

Artikel Berkaitan: