Kerajaan perlu fokus kebajikan rakyat

Daim sempat beramah mesra dengan pelanggan Koza pada lawatan kerjanya, di sini hari ini.
Daim sempat beramah mesra dengan pelanggan Koza pada lawatan kerjanya, di sini hari ini.
A
A
A

MACHANG - Tahun kedua menjadi titik tolak kepada kerajaan untuk lebih fokus kepada kebajikan rakyat, terutamanya dalam mengurangkan kos sara hidup.

Mantan Pengerusi Majlis Penasihat Negara, Tun Daim Zainuddin berkata, dalam usaha tersebut, kerajaan perlu fokus bagi menurunkan harga barang, membina lebih banyak rumah mampu milik dan mengurangkan kadar tol.

Katanya, langkah itu menjadi permulaan kepada kerajaan bagi melaksanakan manifesto dan menunaikan janji kepada rakyat.

"Jika tahun pertama, kerajaan lebih fokus untuk menyelesaikan masalah kewangan negara dan agensi-agensi yang bermasalah seperti Tabung Haji, Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda).

"Ini adalah permulaan dengan mengutamakan kebajikan rakyat dan menunaikan janji kepada rakyat," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas Lawatan Kerja ke Koperasi Keluarga Haji Zabir Kelantan Berhad (Koza).

Hadir sama, Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Datuk Nordin Salleh.

Dalam perkembangan yang lain, Daim berkata, beliau berharap isu royalti minyak antara Kerajaan Persekutuan, Petronas dan Kelantan dapat diselesaikan dengan baik.

Artikel Berkaitan: