Rokok seludup RM7.13 juta dirampas

Polis merampas 43,500 karton rokok dianggar bernilai RM7.13 juta dalam serbuan di Shah Alam, Selangor, semalam.
Polis merampas 43,500 karton rokok dianggar bernilai RM7.13 juta dalam serbuan di Shah Alam, Selangor, semalam.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis menumpaskan kegiatan sindiket penyeludupan rokok bernilai RM7.13 juta dalam satu operasi di Shah Alam, Selangor semalam.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, kejayaan itu hasil tindakan Bahagian Perisikan dan Siasatan Khas JKDNKA Bukit Aman hasil maklumat orang awam.

Menurutnya, polis memberkas lima lelaki tempatan berusia 38 hingga 46 tahun yang mana dua daripadanya memiliki rekod jenayah lampau.

"Tangkapan itu kemudian membawa rampasan 43,500 karton rokok seludup pelbagai jenama dianggar bernilai RM7.13 juta.

"Polis turut menyita empat lori, sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV), dua kereta dan sebuah forklift," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Polis merampas 43,500 karton rokok dianggar bernilai RM7.13 juta dalam serbuan di Shah Alam, Selangor, semalam.
Polis merampas 43,500 karton rokok dianggar bernilai RM7.13 juta dalam serbuan di Shah Alam, Selangor, semalam.

Beliau berkata, kesemua tangkapan dan rampasan diserahkan kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia untuk siasatan.

Katanya, pihaknya percaya kegiatan pengedaran rokok ini aktif di sekitar Lembah Klang.

Artikel Berkaitan:

"Kes akan disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967," katanya.