Mat motor bawa polis tunggang Yamaha R1
Chainarong membawa polis menaiki Yamaha R1 ketika mengejar suspek. - UK News Yahoo
A
A
A
Menerusi UK News Yahoo, Chainarong Sookoon, 30, menawarkan khidmatnya kepada polis setelah suspek memandu pacuan empat roda merempuh sekatan polis dan melarikan diri.
Menurut portal, polis Ao Lueak menerima panggilan dari polis Phang Na memaklumkan seorang pemandu pacuan empat roda telah melarikan ke arah Krabi lepas terbabit dalam insiden langgar lari.
Ketua Polis Ao Lueak, Kolonel Kritsanat Wongklaharn berkata, bertindak atas arahan itu, polis telah membuat sekatan jalan raya namun pemandu pacuan empat roda berjaya membolosi sekatan.
Aksi itu dilihat Chainarong yang menawarkan membonceng motor Yamaha R1.
Paparan video berdurasi 54 saat tular di media sosial memperlihatkan Chainarong tampil berani mendekati suspek manakala polis bersedia melepaskan tembakan di tayar hadapan dan melepaskan tembakan kali kedua sebagai tanda amaran.
Akhirnya suspek berusia 21 tahun berjaya diberkas dan hasil ujian saringan urin mendapati positif dadah.
Suspek itu dakwa atas kesalahan memandu dibawah pengaruh alkohol tanpa menghiraukan keselamatan orang awam, memandu secara berbahaya dan melanggar lampu isyarat. - UK News Yahoo
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!