Remy Ishak akui memang cerewet

Remy Ishak Foto: Kakifoto
Remy Ishak Foto: Kakifoto
A
A
A

PELAKON, Remy Ishak mengakui dia seorang yang cerewet dalam bab pakaian apatah lagi pemilihan baju Melayu.

Menurut Remy Ishak atau nama lengkapnya, Mohammad Zalimei Ishak, dia cuba untuk mengeluarkan baju Melayu jenama sendiri namun turut mengakui dia tidak mempunyai pengetahuan luas tentang pembuatan pakaian itu.

"Tahun 2017 saya pernah keluarkan kurta hasil kolaboratif dengan satu jenama ini.

"Dalam pada masa sama saya teringin nak buat baju Melayu sendiri. Kononnya plan tahun ini nak buat tapi saya memang tak mahir sangat bab-bab baju Melayu. "Kebetulan, Minaz pula datang nak kerjasama. Saya terima sebab nak belajar sama. Di samping itu, saya diberikan tanggungjawab sepenuhnya A-Z, dari pemilihan warna sehingga potongan badan," ujarnya.

Remy Ishak Foto: Kakifoto
Remy Ishak Foto: Kakifoto

Remy yang ditemui ketika majlis pelancaran baju Melayu Minaz juga selaku wajah bagi kempen koleksi raya itu di IOI City Mall, Putrajaya, berkata, sebelum ini pernah didatangi oleh beberapa jenama untuk hasilkan baju Melayu namun tidak menepati cita rasanya.

"Saya memang cerewet, sebelum ini ada sahaja brand lain datangi saya tetapi kualitinya menghampakan.

"Ini kerana saya seorang yang pentingkan kualiti dan kena jaga imej juga.

Artikel Berkaitan:

"Saya tak mahu sekadar menjual baju Melayu bermusim," jelasnya yang menyukai material polycotton.