Agong beri penghormatan terakhir

Al-Sultan Abdullah beramah mesra bersama orang ramai yang hadir dalam memberi penghormatan terakhir kepada ayahanda baginda di Istana Sultan Abu Bakar di sini, hari ini.
Al-Sultan Abdullah beramah mesra bersama orang ramai yang hadir dalam memberi penghormatan terakhir kepada ayahanda baginda di Istana Sultan Abu Bakar di sini, hari ini.
A
A
A

PEKAN - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tiba pada jam 10.38 pagi tadi bagi membuat penghormatan terakhir buat ayahanda baginda, Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri‘ayatuddin Al Muadzam Shah di Balairung Seri Istana Abu Bakar di sini.

Turut mengiringi, Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah; Anakanda Almarhum, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah; Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Sultan Abdullah dan Tengku Arif Temenggong Pahang, Tengku Abdul Fahd Mu’adzam Shah serta bonda Baginda, Sultanah Kalsom.

Seri Paduka kemudian turut sama menunaikan solat jenazah yang diimamkan Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Othman sebelum berdoa.

Suasana bertambah sayu apabila Baginda bertemu dan dipeluk Raja Permaisuri Agong serta adik beradik baginda sebelum bersalaman dengan hadirin yang hadir.

Artikel Berkaitan: