Masjid, Surau Parlimen Kulai terima sumbangan RM55,500

Nie Ching menyampaikan sumbangan kepada masjid dan surau di Parlimen Kulai sempena Ramadan kelmarin.
Nie Ching menyampaikan sumbangan kepada masjid dan surau di Parlimen Kulai sempena Ramadan kelmarin.
A
A
A

KULAI - Sebanyak 29 buah masjid dan 53 buah surau dalam kawasan Parlimen Kulai menerima sumbangan sebanyak RM55,500 bagi tujuan aktiviti sepanjang Ramadan.

Ahli Parlimennya, Teo Nie Ching berkata, setiap masjid menerima RM1,000 manakala surau pula RM500.

"Buat pertama kalinya saya memperuntukkan sumbangan sempena Ramadan untuk masjid dan surau selaku Ahli Parlimen kerana sebelum ini saya tidak mempunyai peruntukan," katanya pada program berkenaan di Taman Putri di sini kelmarin.

Hadir sama, ADUN Senai, Alan Tee Boon Tsong dan Pegawai Daerah Kulai, Mohd Khir Johari Salleh.

Dalam pada itu, Nie Ching turut menyampaikan sumbangan wang tunai RM150 seorang kepada 50 asnaf di kawasan berkenaan.

"Saya berharap bantuan ini dapat membantu meringankan beban mereka sempena menyambut bulan Ramadan yang mulia ini.

"Saya juga bersedia membantu dalam bentuk apa jua bagi memastikan peruntukan diterima ini membantu masyarakat tetapi perlu mengikut prosedur yang betul," katanya.

Artikel Berkaitan: