Tunku Ismail hormati pandangan Syed Saddiq

Tunku Ismail
Tunku Ismail
A
A
A

PENGERUSI Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menghormati pandangan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengenai tanggungjawab pemain bola sepak tempatan membayar cukai pendapatan.

Bagaimanapun, Tunku Ismail bertitah campur tangan ahli politik dalam bola sepak tanah air tidak boleh berlaku kerana dibimbangi dikenakan tindakan oleh Persekutuan Bola sepak Antarabangsa (FIFA).

"Jikalau ada 'interference', kami (MFL) takut FIFA akan ambil tindakan untuk 'sanction' ataupun 'ban' kita punya 'football competition' dalam negara.

"Apabila itu berlaku, kesannya kepada pasukan kebangsaan. Kerana untuk mempunyai pasukan kebangsaan yang kuat, anda mesti mempunyai liga yang kompetitif. Kualiti liga mesti tinggi," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Selain itu, Tunku Ismail berkata, bola sepak tanah air akan lebih maju apabila liga di negara ini diswastakan.

"Lagi cepat kita boleh 'privatise the league' dan semua pasukan 'follow the guideline', lagi cepat bola sepak tanah air akan maju," titah baginda.

Artikel Berkaitan: