Empat lelaki ditahan edar dadah

Adzli (tengah) menunjukkan dadah yang dirampas.
Adzli (tengah) menunjukkan dadah yang dirampas.
A
A
A

SUNGAI PETANI - Empat lelaki tempatan ditahan bersama 1094.5g heroin dan 35g syabu dalam serbuan di ladang kelapa sawit dekat Bukit Selambau jam 12.10 tengah malam Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda,Adzli Abu Shah Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, lelaki yang ditahan berusia 26 hingga 36 tahun di mana tiga daripadanya tidak bekerja dan seorang bekerja sebagai pembantu kedai makan.

Menurutnya, hasil ujian air kencing mendapati kesemua mereka positif dadah jenis morfin di mana dua daripada suspek mempunyai rekod lampau berkaitan dadah mengikut Seksyen 39A Akta Dadah Berbahaya 1952.

Antara dadah yang dirampas dalam serbuan di ladang kelapa sawit Bukit Selambau Ahad lalu.
Antara dadah yang dirampas dalam serbuan di ladang kelapa sawit Bukit Selambau Ahad lalu.

"Nilai keseluruhan rampasan dadah heroin dianggarkan RM13,000 manakala nilai rampasan syabu dianggarkan RM3,500," katanya.

Empat lelaki terbabit direman tujuh hari bermula 19 Mei sehingga 25 Mei ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dikenakan hukuman mati mandatori, dan Seksyen 39A(2) akta yang sama di mana penjara tidak kurang lima tahun atau seumur hidup dan wajib lebih 10 kali sebatan jika sabit kesalahan.

Artikel Berkaitan: