MFL tetap punya tanggungjawab: Tunku Ismail

No Image Caption
A
A
A

MENJADI tanggungjawab besar Liga Bolasepak Malaysia (MFL) untuk memastikan agendanya jelas demi kejayaan bola sepak di negara ini.

Pengerusi MFL, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim berkata, pentadbir Liga Malaysia (Liga-M) itu juga mempunyai tanggungjawab untuk menjaga kepentingan semua pasukan yang bertanding.

Beliau akui perancangan MFL sedikit 'terganggu' apabila menyentuh soal 'budget' berikutan Telekom Malaysia (TM) menarik diri daripada penajaan Liga M.

"Tetapi itu bukan satu alasan untuk kami tak jaga kepentingan semua pasukan yang bertanding. Ia ada kita punya tanggungjawab.

"MFL punya tanggungjawab untuk memastikan dalam masa terdekat yang semua pasukan-pasukan punya status kewangan, akan terpelihara," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Diminta mengulas mengenai kenyataan Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Seri Mukhriz Mahahtir geran tahunan berkait dengan hak penyiaran, beliau berpandangan sesiapa sahaja terlibat dalam industri bola sepak tanah air berhak untuk bertanya perkara itu.

"Tanya boleh, tetapi jangan buat spekulasi. Macam contoh mengatakan ada 'ke' agenda lain dalam MFL? MFL ada satu sahaja agenda iaitu untuk memajukan bola sepak tanah air.

"Dan saya menghormati pandangan atau soalan beliau kerana macam mana pun, semua pasukan yang bertanding berhak untuk tanya soalan.

Artikel Berkaitan:

"Jawapan kami ialah, perancangan kami tergugat sikit apabila 'everything is in place, but we are affected by the budget of' kita punya perjanjian dengan TM," katanya.

Tunku Ismail berkata, MFL bagaimanapun perlu memastikan geran tahunan berkait dengan hak penyiaran disampaikan kepada semua pasukan yang bertanding pada tahun ini.

Katanya, sejak mengambil alih MFL, adalah kali pertama dalam sejarah bola sepak tanah air di mana pasukan yang bertanding diberikan geran.

"Untuk pihak yang cuba membuat andaian atau cuba menjadikan isu (berkaitan duit geran lambat), saya pun ada soalan juga. Mengapa sebelum ini tak pernah langsung dapat duit untuk 30 tahun, tak pernah bising pula?

"Kenapa baru sekarang ini awak bising awak tak dapat geran? Selama ini 30 tahun tak pernah dapat satu benda, diam saja semua. Tetapi kali ini awak telah dapat sesuatu, dan insya-ALLAH tahun ini awak akan dapat lagi," katanya.

Tunku Ismail berkata, satu-satu cara bola sepak boleh maju dalam negara ini, adalah menghormati dan membantu antara satu sama lain.

"Jikalau kita tak ada sikap bekerjasama, bertanggungjawab atau membantu satu sama lain, 'then football will be out'. Sebab itu kita tak boleh politikkan bola sepak, kita kena letak komitmen penuh terhadap pembangunan bola sepak," katanya.