JP perlu lebih dekat dengan masyarakat

Majlis Penyerahan Sumbangan Hari Raya Anak-Anak Yatim dan Kempen Keselamatan Jalan Raya anjuran Majlis Jaksa Pendamai Negeri Melaka, di Tesco Peringgit, di sini hari ini.
Majlis Penyerahan Sumbangan Hari Raya Anak-Anak Yatim dan Kempen Keselamatan Jalan Raya anjuran Majlis Jaksa Pendamai Negeri Melaka, di Tesco Peringgit, di sini hari ini.
A
A
A

MELAKA - Ahli Majlis Jaksa Pendamai (JP) diminta memainkan peranan lebih dekat dengan masyarakat berbanding terikat dengan tanggungjawab tugas asas mereka, sekali gus membantu kerajaan memperkukuh solidariti dalam kalangan rakyat.

Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, peranan JP dalam masyarakat penting selaras penyebaran maklumat tanpa batasan yang sukar dikekang melalui media sosial, ketika ini.

Menurutnya, beliau harap Jaksa Pendamai mampu memperbanyak lagi aktiviti memperkukuh solidariti rakyat.

"Perpaduan kian terhakis berikutan kerosakan akibat mainan media sosial oleh pihak tidak bertanggungjawab," katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penyerahan Sumbangan Hari Raya Anak-Anak Yatim dan Kempen Keselamatan Jalan Raya anjuran Majlis Jaksa Pendamai Negeri Melaka, di Tesco Peringgit, di sini hari ini.

Turut hadir Presiden Majlis Jaksa Pendamai Negeri Melaka (MJPNM), Datuk Abdul Rahim Abu, Pengerusi Jawatankuasa Biro Kebajikan Khidmat Masyarakat MJPNM, Amir Hamzah Abdul Aziz serta Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Kelamatan Komuniti Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah Deputi Superintendan V Gunasegaran.

Menurutnya, JP Melaka mempunyai barisan pemimpin berpengalaman dan boleh merancang pelbagai program bersesuaian mengikut kelebihan masing-masing baik di peringkat negeri, mahupun kebangsaan.

Sementara itu, Abdul Rahim berkata, MJPNM sentiasa menganjurkan program seumpama itu bukan hanya untuk Hari Raya Aidilfitri, malah perayaan Deepavali dan Tahun Baru Cina.

Artikel Berkaitan:

"Kita tunjukkan keprihatinan kepada rakyat dan kita juga mahu rakyat sentiasa prihatin sesama sendiri.

"Kita mahukan kehidupan yang lebih baik dan tidak perlu saling bercanggahan sebaliknya sama-sama berfikir untuk mendapatkan sesuatu yang lebih baik," katanya.

Pada majlis terbabit, kira-kira 50 anak-anak yatim dan ibu tunggal dari seluruh negeri Melaka diberi sumbangan duit raya.