35 terima saman kerana ponteng puasa

Rahimin Bani
Rahimin Bani
A
A
A

MELAKA TENGAH - Seramai 35 individu dicekup Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) kerana makan, minum dan merokok di siang hari dalam Op Ramadan bermula awal bulan ini hingga semalam.

Ketua Pegawai Penguatkuasaan JAIM, Datuk Rahimin Bani berkata, jumlah itu berdasarkan operasi yang dilakukan di beberapa buah lokasi di negeri ini yang terdiri daripada 21 individu di Melaka Tengah, Jasin (17) dan Alor Gajah (tujuh).

Menurutnya, notis saman itu melibatkan pemeriksaan di 300 buah lokasi sepanjang awal Ramadan dan anggota penguat kuasa JAIM akan terus melakukan pemantauan serta pemeriksaan sehingga akhir Ramadan.

"Kita memberikan notis saman hadir kepada individu terbabit yang mencemarkan keberkatan Ramadan dengan makan dan minum di tempat terbuka melalui Op Ramadan yang kita lakukan.

"JAIM akan terus membuat penguatkuasaan dan meminta umat Islam supaya menghormati Ramadan serta menjauhkan diri daripada melakukan perkara-perkara maksiat dan mungkar," katanya ketika ditemui di Masjid Cina, Krubong di sini hari ini.

Menurutnya, golongan tersebut diminta hadir ke pejabat JAIM untuk memberikan keterangan membabitkan kesalahan di bawah Seksyen 49 Enakmen Kesalahan Syariah negeri Melaka 1991.

"JAIM akan terus membuat penguatkuasaan dan meminta umat Islam supaya menghormati Ramadan serta menjauhkan diri daripada melakukan perkara-perkara maksiat dan mungkar.

"Operasi yang kita lakukan bertujuan untuk menyedarkan orang ramai tentang peraturan undang-undang Islam dalam bulan puasa di negeri ini," katanya.

Artikel Berkaitan: