Lelaki berang ditegur bawa anjing duduk di lobi kondominium

Paparan klip video berkenaan yang menyaksikan lelaki terbabit sedang memarahi pengawal keselamatan di kondominium tersebut.
Paparan klip video berkenaan yang menyaksikan lelaki terbabit sedang memarahi pengawal keselamatan di kondominium tersebut.
A
A
A

SHAH ALAM - Satu klip video tular di media sosial memaparkan seorang lelaki sedang mengamuk dan memarahi seorang pengawal keselamatan di sebuah kondominium di Sungai Besi.

Menerusi klip video berdurasi 2 minit 49 saat itu, lelaki berkenaan berang apabila pengawal keselamatan terbabit menegur tindakannya yang membawa anjing peliharaan di kawasan lobi bangunan tersebut.

Bagaimanapun, selang beberapa minit, lelaki berkenaan ditenangkan seorang rakannya dan mereka berdua kemudiannya meninggalkan perkarangan lobi kondominium tersebut.

Sehingga jam 11 pagi tadi, video yang dimuat naik oleh pengguna Facebook, Eiz Hafeiz sejak kelmarin mendapat 5,700 perkongsian dan 7,100 komen daripada netizen yang rata-rata tidak berpuas hati dengan tindakan lelaki berkenaan.

"Lelaki ini membawa anjing ke kawasan lobi kondominium kami di Taman Sungai Besi yang memang dilarang bukan sahaja dalam house rules tetapi juga dalam undang-undang kerajaan tempatan. Bukan setakat tidak mematuhi undang-undang tetapi perbuatannya jelas tidak menjaga sensitiviti umat Islam dan juga orang lain yang mempunyai alahan atau fobia terhadap haiwan ini.

"Dan cara dia bercakap dengan pengawal yang cuba menghalang perbuatannya itu adalah sangat biadab dan tidak bertamadun. Perbuatannya bukan sahaja dikecam penduduk Islam di kondominium tersebut tapi turut dikutuk penduduk bukan Islam lain," tulisnya.

Dalam pada itu, menurut seorang netizen, Aloy Joye, penghuni yang menetap di penempatan berstrata sememangnya tidak dibenarkan untuk membela kucing atau anjing dan semua pihak perlu mematuhi peraturan tersebut.

"Membela anjing atau kucing dalam kondominium atau apartmen pun tak boleh, inikan pula nak bawa anjing duduk di lobi," katanya.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Aslam Alam pula memuji tindakan pengawal keselamatan tersebut yang dilihat tenang dalam mengawal situasi kekecohan itu.

"Bagus pengawal keselamatan sabar. Kalau aku, memang sedap bagi dia diam. Sabar sajalah," katanya.

Di samping itu, Seth Dahalan juga berharap orang ramai tidak memainkan sentimen perkauman berhubung isu itu.

"Tak kira apa bangsa dan warna, dah kalau kurang ajar tangkap saja. Pengawal hanya menjalankan tugasnya," katanya.