Tahi judi warga emas dihidang arak

Antara yang diperiksa dan ditahan dalam Ops Dadu di sebuah premis di Taman Kapar Ria, Klang, tengah malam tadi.
Antara yang diperiksa dan ditahan dalam Ops Dadu di sebuah premis di Taman Kapar Ria, Klang, tengah malam tadi.
A
A
A

KLANG - Mendakwa datang bermain hanya untuk suka-suka tidak menjamin seorang pemandu lori untuk tidak ditahan kerana terlibat dalam aktiviti perjudian.

Enggan namanya dikenali, lelaki berusia lingkungan 50-an itu antara yang ditahan bersama 24 lelaki di sebuah premis di Taman Kapar Ria, Kapar, di sini, tengah malam tadi.

"Ini baru kali kedua saya datang ke sini. Sebelum ini ada juga saya datang berjudi di tempat lain.

"Esok hari cuti umum, malam ini saja saya datang nak berseronok berjudi bersama kawan. Saya hanya bawa modal RM100 sahaja, namun nasib sering tidak menyebelahi saya apabila sering kalah," katanya kepada Sinar Harian, di lokasi serbuan.

Ketika ditanya sama ada isterinya mengetahui dia keluar rumah untuk berjudi, lelaki tersebut hanya tunduk dan menggelengkan kepala.

Dalam nada perlahan, dia berkata, isterinya pasti akan memarahinya.

Antara yang diperiksa dan ditahan dalam Ops Dadu di sebuah premis di Taman Kapar Ria, Klang, tengah malam tadi.
Antara yang diperiksa dan ditahan dalam Ops Dadu di sebuah premis di Taman Kapar Ria, Klang, tengah malam tadi.

Sementara itu, Pegawai Turus Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Selangor, Deputi Superintendan Azmi Syukor berkata, seramai 23 pemain dan dua penjaga berusia lingkungan 50 hingga 70-an dicekup ketika sedang berjudi daun terup.

Artikel Berkaitan:

Katanya, operasi Ops Dadu kira-kira jam 12.00 tengah malam itu mendapati premis tersebut merupakan kedai arak yang dijadikan sebagai tempat bermain judi sejak sebulan lalu.

"Kita percaya kalangan pemain judi ini merupakan pelanggan tetap dan warga tua dari penduduk tempatan yang dikenali sahaja. Mereka ini bertaruh serendah RM10.

"Kegiatan ini aktif pada waktu petang sehingga malam di mana pemain ini bukan sahaja bermain judi, malah turut dihidang arak," katanya.

Tambahnya, pelbagai barang dirampas antaranya kerusi (8 buah), meja (2 buah), wang tunai (RM3,115) serta daun terup (114 keping). Kesemua tangkapan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara dan kes disiasat mengikut Seksyen 7(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.