Gempa bumi sederhana landa Kepulauan Andaman

A
A

KUALA LUMPUR - Gempa bumi sederhana berukuran 5.7 pada skala Richter melanda Kepulauan Andaman, rantau India pada 8.39 pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan, berkata pusat gempa itu terletak di 13.9 darjah utara serta 92.8 darjah timur dan kira-kira 73km utara dari Andaman, India.

Gempa itu, bagaimanapun tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia, menurut kenyataan tersebut. - Bernama