Fasha hamil tiga minggu

Fasha dan Aidil
Fasha dan Aidil
A
A
A

PELAKON Fasha Sandha sempat merakam kejutan istimewa untuk memaklumkan berita kehamilannya yang berusia tiga minggu kepada suaminya, Aidil Aziz.

Kejutan itu dirakam sewaktu Aidil menjalani sesi fotografi di Shah Alam, dan turut dikongsi Aidil ke laman sosialnya.

Aidil tidak dapat menahan rasa terharu dan menangis kegembiraan sebaik mendapat berita itu.

“Tangisan Ramadan. Dikejutkan masa photoshoot dekat studio @pinography. Terima kasih ALLAH, isteri dan keluarga," tulis Aidil di Instagram miliknya.

Dalam pada itu, Aidil turut memuat naik surat daripada Fasha yang memaklumkan berita kehamilannya.

“Surat cinta daripada isteriku pagi tadi. Terima kasih isteri,” tambah Aidil disertakan dengan tanda pagar #hadiahramadan.

Fasha dan Aidil diijabkabulkan 30 Mac lalu.

Fasha juga memiliki dua anak daripada perkahwinan terdahulu, iaitu Putra Rayfal Ramli dan Putri Raysha Jemaima.

Artikel Berkaitan: