Huawei dakwa sekatan AS tidak beri sebarang kesan

Ren Zhengfei
Ren Zhengfei
A
A
A

BEIJING - Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas syarikat telekomunikasi gergasi, Huawei tidak menghiraukan cubaan Amerika Syarikat (AS) untuk menjatuhkan firma itu dan turut mendakwa Washington telah memandang rendah terhadap kekuatan mereka.

"Generasi Kelima (5G) Huawei tidak akan terjejas. Dari segi teknologi 5G, negara lain tidak akan dapat mengejar Huawei dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang," kata Ren Zhengfei kepada media di China hari ini.

Minggu lalu, pentadbiran Presiden Donald Trump menyenaraihitamkan syarikat telekomunikasi tersebut yang didakwa kononnya mengancam keselamatan AS.

Pada masa sama, Jabatan Kewangan AS turut mengumumkan syarikat di negara itu dilarang berurus niaga atau memindahkan teknologi kepada Huawei.

Bagaimanapun, semalam ia mengeluarkan penangguhan larangan pemindahan teknologi tersebut selama 90 hari dengan membenarkan lesen sementara. "Lesen sementara selama 90 hari itu tidak memberi impak besar kepada kami kerana kami sudah bersedia. Kami hasilkan sendiri separuh cip manakala sebahagian lagi dibeli dari AS. Kami juga bole menghasilkan cip sama seperti AS.

"Kami tidak boleh diasingkan daripada dunia," kata Zhengfei lagi.

Sementara itu, jurucakap syarikat terbabit di Australia memaklumkan sekatan AS itu tidak akan memberi kesan kepada pengguna telefon bimbit dan tablet atau mereka yang berhasrat untuk membeli peranti Huawei pada masa akan datang. - Agensi

Artikel Berkaitan: