Dr Mahathir ucap tahniah kepada Jokowi

Tun Mahathir dan Jokowi
Tun Mahathir dan Jokowi
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berharap kerjasama antara Malaysia dan Indonesia semakin erat dengan kemenangan Joko ‘Jokowi’ Widodo yang diumumkan sebagai pemenang Pilihan Raya Presiden Indonesia 2019 (Pilpres 2019)

"Saya ucap tahniah kepada Bapak @jokowi atas kemenangan secara rasmi sebagai Presiden Republik Indonesia. Saya berharap kerjasama antara dua negara akan semakin erat selepas ini," katanya menerusi akaun Twitternya di sini hari ini.

Hari ini, Komisi Pemilihan Umum (KPU) membuat pengumuman pada pukul 1.46 pagi ini (Waktu Indonesia Barat) mengumumkan keputusan Pilpres 2019, sehari lebih awal, selepas proses pengiraan undi di 813,350 pusat mengundi, selesai 11.30 malam, semalam.

Jokowi, 57, bersama gandingannya untuk jawatan naib presiden, Ma'ruf Amin, 76, memperolehi 85,607,362 undi, manakala pencabarnya, Prabowo Subianto, 67, dan gandingannya, Sandiaga Uno, 49, memperolehi 68,650,239 undi.

Jumlah undian itu memberi margin kemenangan Jokowi kepada 55.5 peratus sementara pencabarnya, Prabowo, 44.5 peratus.

Kehadiran tinggi pengundi iaitu hampir 80 peratus daripada sejumlah 192.3 juta pengundi layak di republik itu dikatakan menyumbang margin kejayaan lebih besar untuk beliau.

Majoriti 16.95 juta undi diperolehi Jokowi itu lebih tinggi berbanding Pilpres 2014 iaitu 6.4 juta undi. Ketika itu Jokowi berganding dengan Jusuf Kalla mengalahkan Prabowo yang berpasangan dengan Hatta Rajasa.

Artikel Berkaitan:

Dr Mahathir menghubungi Jokowi untuk mengucapkan tahniah selepas dipilih sekali lagi sebagai Presiden Republik Indonesia yang ke-8 di sini hari ini.
Dr Mahathir menghubungi Jokowi untuk mengucapkan tahniah selepas dipilih sekali lagi sebagai Presiden Republik Indonesia yang ke-8 di sini hari ini.