Issey mahu tamat zaman duda, cemburu rakan sudah ada anak

Pelakon dan pelawak, Issey
Pelakon dan pelawak, Issey
A
A
A

PELAKON, pelawak dan penyampai radio SURIA, Issey mengakui melihat rakan artis lain sudah berumah tangga dan mempunyai cahaya mata membuatkan dirinya mahu berkahwin.

Menurut Issey, 32, perkara tersebut sekali gus membuatkan dia muhasabah diri untuk menamatkan zaman duda.

"Bila saya tengok kawan-kawan rapat seperti Ammar dan Fizi Ali semuanya sudah bekeluarga dan ada anak, saya terasa jugalah.

"Oleh sebab itu, saya rasa sudah tiba masanya untuk melihat masa depan dengan melakukan sesuatu dalam hidup saya," luahnya.

Pun begitu. Issey yang ditemui pada rakaman sitkom Jenaka Kampung Kalut (JKK) Raya di Sri Pentas 2, Palza Alam Sentral, Shah Alam, berkata, dia masih belum mempunyai calon isteri cuma ada berkawan dengan seorang wanita yang memiliki ciri-ciri idamannya.

No Image Caption

"Kali ini saya betul-betul serius untuk tamatkan zaman duda. Sekarang ini pun saya sudah berkawan rapat dengan seorang wanita dan ya dia ada ciri-ciri untuk dijadikan sebagai isteri.

Artikel Berkaitan:

"Perkenalan kami masih baharu, lebih kurang setahun. Namun siapa dia orangnya biarlah dirahsiakan terlebih dahulu.

"Saya sasar insya-ALLAH tahun depan nak kahwin," ujarnya.

Dalam pada itu, Issey atau nama penuhnya Fazlisham Mat Hussin enggan terburu-buru dan mahu sedikit masa untuk mengelak kegagalan rumah tangga berulang.

"Sebelum ini saya pernah gagal, jadi, kali ini saya nak kaji betul-betul dan betulkan mana kekurangan saya supaya perkara sama tak berulang," katanya.

Untuk rekod, Issey pernah berkahwin dengan Syuhadaa Syafiqqa Abdul Rashid pada 19 Mac 2015, namun bercerai pada 21 Ogos 2016.