Warga emas maut Saga dipandu dirempuh Honda

Ketere Proton Saga dipandu Mohd Sabebri (kiri) dan pensyarah remuk di bahagian hadapan selepas bertembung di Lembah Bidong
Ketere Proton Saga dipandu Mohd Sabebri (kiri) dan pensyarah remuk di bahagian hadapan selepas bertembung di Lembah Bidong
A
A
A

SETIU - Seorang warga emas maut selepas kereta yang dipandunya dirempuh sebuah kenderaan lain dalam kemalangan di Kilometer 36 Jalan Kuala Terengganu - Kampung Raja di Lembah Bidong di sini hari ini.

Mangsa, Mohd Sabebri Ghani, 60, yang dipercayai cedera parah meninggal dunia di dalam kejadian kira-kira jam 7.15 pagi

Pemangku Ketua Polis Daerah Setiu, Asisten Superintendan Amran Shapii berkata, mangsa ketika itu dalam perjalanan dari arah Kuala Terengganu ke Kampung Raja.

"Kereta Proton Saga BLM yang dipandu mangsa bertembung dengan sebuah Honda BRV dipandu seorang pensyarah lelaki berusia 38 tahun.

“Kejadian dipercayai berlaku apabila kereta Honda yang datang dari arah Kampung Raja menghala ke Kuala Terengganu tiba-tiba memasuki laluan bertentangan lalu bertembung kereta dipandu mangsa,” katanya.

Menurutnya, rempuhan itu menyebabkan mangsa maut di tempat kejadian sebelum mayatnya di hantar ke Unit Forensik Hospital Setiu untuk bedah siasat

"Pensyarah tersebut pula dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu untuk rawatan lanjut dan kes disiasat di bawAH Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Artikel Berkaitan: