DAP akan ambil tindakan terhadap Why Leong

Kor Ming
Kor Ming
A
A
A

KUANTAN - DAP akan mengambil tindakan terhadap Pengerusi DAP Jerantut, Loo Why Leong yang didakwa mengugut Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintendan Mazlan Hassan.

Timbalan Setiausaha Agungnya, Nga Kor Ming berkata, tindakan yang dikenakan itu selari dengan prinsip parti terhadap ahli yang tidak mematuhi undang-undang.

Menurutnya, bagaimanapun, pihaknya memberi ruang yang secukupnya kepada pihak polis untuk melakukan siasatan.

“Kita serah kepada pihak polis untuk menyiasat. Bila sudah ada keputusannya, baru pihak parti akan mengambil tindakan jika perlu,” katanya.

Kor Ming berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penahanan Why Leong di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jerantut jam 3 petang tadi.

Why Leong ditahan bagi membantu siasatan melakukan ugutan jenayah terhadap Superintendan Mazlan Hassan.

Pemimpin itu didakwa telah menghantar mesej berbau ugutan kepada Mazlan menerusi aplikasi WhatsApp pada Khamis lalu, yang dikatakan berpunca daripada rasa tidak puas hati terhadap tindakan polis di IPD itu.

Penahanan pemimpin itu disahkan Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Mohd Zakaria Ahmad selepas dipanggil memberi keterangan.

Artikel Berkaitan:

Difahamkan Mazlan membuat laporan polis terhadap Why Leong Jumaat lalu selepas menerima mesej berbaur ugutan dipercayai berpunca daripada operasi pegawai dan polis terhadap penjualan minuman keras tanpa lesen di daerah berkenaan.