Sultan Johor tanda tangan sendiri 100 kad raya
JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini meneruskan tradisi mengirimkan kad ucapan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri bulan depan.
Melalui perkongsian di laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sebentar tadi, baginda dikhabarkan telah menurunkan sendiri tanda tangan pada 100 keping kad ucapan tersebut di Istana Pelangi.
Memetik perkongsian tersebut, Sultan Ibrahim dikatakan memang gemar menggunakan kaedah tradisional sejak dulu.
Sultan Ibrahim melihat mengutus kad ucapan itu mampu untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim.
Setiap tahun baginda menandatangani setiap kad ucapan hari raya untuk disampaikan kepada orang kenamaan, pegawai kerajaan, kakitangan Istana Johor serta orang awam.