Terima anugerah lagi, Siti Nurhaliza terus cemerlang

Foto Siti Nurhaliza Production
Foto Siti Nurhaliza Production
A
A
A

PENYANYI Datuk Seri Siti Nurhaliza terus mencipta kecemerlangan apabila penjualan fizikal dan digital untuk single dan albumnya bersama Universal Music sebelum ini berjaya meraih kejayaan besar.

Siti,40, yang ditemui ketika Majlis Berbuka Puasa Datuk Seri Siti Nurhaliza & Sitizoner dan Penyampaian Anugerah Universal Music Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur pada Sabtu telah menerima beberapa anugerah sebagai penghargaan di atas pencapaian tersebut.

Untuk single, Siti menerima Anugerah Platinum 11 kali menerusi lagu Anta Permana dengan lebih 14 juta tontonan di saluran You Tube dan Anugerah Platinum empat kali untuk lagu Comel Pipi Merah.

Foto Siti Nurhaliza Production
Foto Siti Nurhaliza Production

Diikuti Anugerah Emas untuk lagu Cinta Syurga duet bersama Khai Bahar dan Anugerah Platinum untuk lagu Mikraj Cinta. Sementara itu, Siti turut menerima Anugerah Emas untuk album SimestriSiti.

“Alhamdulillah ini adalah pencapaian bagi setiap single dan juga album yang saya buat bersama Universal Music. Saya percaya komitmen yang telah diberikan oleh Universal juga sebenarnya banyak membantu penjualan single, album saya baik secara fizikal mahupun digital.

“Saya anggap anugerah ini hadiah yang sangat indah buat saya pada bulan Ramadan ini. Ia juga menunjukkan sesuatu yang posotif dalam penghasilan lagu dan juga kerjaya saya selepas kembali aktif setelah berehat panjang ketika melahirkan anak,” kata Siti kepada Sinar Harian.

Artikel Berkaitan:

Foto Siti Nurhaliza Production
Foto Siti Nurhaliza Production

Selain mencipta rekod bagi setiap album dan single, Siti juga turut mengukuhkan pengaruhnya di Spotify, apabila muncul sebagai Malaysia Most Streamed Local Artist, selama dua tahun berturut-turut pada 2017 dan 2018.