X

Kindly register in order to view this article
!

PIBG SK Methodist bantu murid miskin beli baju raya

Seramai 28 murid miskin dan anak yatim SK Methodist menerima baju raya percuma di pasaraya The Store.
A
A

KUANTAN- Seramai 28 murid miskin dan anak yatim di Sekolah Kebangsaan (Perempuan) Methodist menerima sumbangan pakaian raya daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu.

Pengerusinya, Khairul Anuwar Abu Bakar berkata, setiap murid akan membeli pakaian dan kasut baharu dengan cara membawa mereka ke pasaraya The Stor yang bernilai RM200 seorang.

Menurutnya, sumbangan itu diberikan bagi meringankan beban keluarga murid yang berpendapatan rendah dan kurang berkemampuan.

“Kita beri peluang kepada mereka memilih sendiri pakaian suka dan seterusnya merasai kemeriahan membeli belah sebagai persiapan menyambut raya sama seperti rakan mereka lain rasai.

“Kita mahu mereka gembira dan PIBG menerusi program begitu prihatin untuk bantu mereka," katanya hari ini.

Dalam pada itu, Khairul Anuwar berkata, program kongsi rezeki turut membabitkan empat murid India dan mereka akan menerima pakaian pada Deepavali akan datang.

Jelasnya, sokongan ibu bapa dan guru banyak membantu kejayaan penganjuran berkenaan.

“Sebolehnya kita mahu lebih banyak aktiviti kebajikan akan diadakan selepas ini,” katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!