X

Kindly register in order to view this article
!

Lahirkan umat akhlak mulia

Marhaini
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Mufti Negeri Melaka menjadi tuan rumah Konvensyen al-Kahf Peringkat Negeri Melaka yang julung kalinya diadakan di negeri bersejarah itu selepas Selangor dan Kuala Lumpur.

Program berinteraksi dengan surah al-Kahf dianjurkan bersama Jabatan Agama Islam Melaka, Majlis Agama Islam Melaka, Sinar Karangkraf dan Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF).

Ia diadakan di Auditorium Al-Azim, Masjid Al Azim, Bukit Palah Melaka pada 18 Ramadan bersamaan 23 Mei ini bermula jam 8 pagi hingga 4.30 petang.

Ketua Pegawai Eksekutif WUIF, Marhaini Yusoff berkata, Konvensyen al-Kahf membawa Misi al-Kahf yang menjadi tema World #QuranHour pada 25 Ramadan 1440H bersamaan 30 Mei ini.

Konvensyen tersebut memfokuskan surah al-Kahf untuk dijadikan panduan kepada orang ramai terutama empat kumpulan sasaran iaitu agamawan, hartawan, ilmuwan dan penguasa untuk membangunkan Melaka dengan resolusi surah al-Kahf.

“Kita berharap konvensyen al-Quran ini menjadi misi tahunan yang saling berkait kempen #QuranHour dengan surah berbeza pada tahun hadapan.

"Pendekatan tersebut bertujuan memberi pengukuhan dan penghayatan orang ramai terhadap isi kandungan al-Quran.

“Misi al-Kahf tahun ini mengajak masyarakat memahami empat cabaran dan solusi yang diibrahkan daripada surah al-Kahf,” katanya.

Menurutnya, walaupun konvensyen al-Quran ini diadakan kali ketiga namun qari, pesan tokoh dan pentadabbur yang berbeza dalam menyampaikan pengisian surah al-Kahf.

“Konvensyen tersebut akan dimulakan dengan sesi Sinopsis Surah al-Kahf yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Penyelidik WUIF, Fazrul Ismail.

“Ia diikuti #QuranMomen yang dipimpin Mufti Melaka, Datuk Halim Tawil dengan memperdengarkan bacaan surah al-Fatihah dan surah al-Kahf. Selepas itu, peserta akan membaca surah al-Kahf serentak dalam sesi Solidariti al-Kahf,” katanya.

Beliau berkata, antara penceramah bakal berkongsi ilmu dalam konvensyen tersebut ialah mantan Mufti Melaka, Datuk Wira Rashid Redza Md Salleh; Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf merangkap Pengasas WUIF, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub dan Timbalan Mufti Melaka, Hazarudin Baharudin serta Imam Masjid Cina Negeri Melaka, Ustaz Murad Ahmat.

“Sesi Solusi Sejagat dengan bertadabbur surah al-Kahf disampaikan oleh personaliti TV, Ustaz Mohd Hariri Mohd Daud dan Fazrul dengan diselangi bacaan Ustaz Husni Ali Hassan dan Ustaz Azraie Abdul Hak. Untuk maklumat lanjut boleh hubungi 013-682 6335,” katanya.

Orang ramai dialu-alukan menyertai Konvensyen Al-Kahf Peringkat Negeri Melaka di http://bit.ly/alKahfMELAKA.