Lelaki maut motosikal ditunggang bertembung kereta

Keadaan di lokasi selepas kemalangan berkenaan berlaku. Gambar kecil: Muhammad Aiman
Keadaan di lokasi selepas kemalangan berkenaan berlaku. Gambar kecil: Muhammad Aiman
A
A
A
JOHOR BAHRU - Seorang lelaki maut selepas motosikal ditungganginya bertembung dengan sebuah kereta dalam satu kejadian di Jalan Sungai Tiram, Ulu Tiram, di sini tengah malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.56 malam itu, mangsa Muhammad Aiman Achit, 21, meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Ismail Dollah berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berpunca apabila motosikal dinaiki mangsa hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan.

"Kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu kereta dari arah Pekan Ulu Tiram mahu menghala ke Felda Sungai Tiram. Setibanya di lokasi kejadian tiba-tiba datang sebuah motosikal dari arah bertentangan telah masuk ke laluannya.

"Insiden itu mengakibatkan pemandu kereta itu tidak sempat untuk mengelak dan telah bertembung secara berhadapan dengan motosikal berkenaan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ismail berkata, polis juga sudah melakukan pemeriksaan di lokasi kejadian yang mana mendapati keadaan jalan di kawasan itu adalah satu lorong dua hala serta berselekoh.

"Polis juga dapati cuaca ketika kejadian adalah baik dengan keadaan jalan yang kering. Dilaporkan ketika itu lalu lintas juga tidak sesak.

"Bagaimanapun, siasatan lanjut sedang dijalankan selain polis juga sedang mengesan sebarang saksi untuk tampil memberikan keterangan memandangkan tiada bantuan kamera litar tertutup di lokasi kejadian," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Artikel Berkaitan: