Ketegangan dagangan AS-China beri kesan kepada PTKL

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pasaran Timah Kuala Lumpur (PTKL) dijangka menyaksikan aliran menurun pada minggu depan berikutan ketegangan perdagangan Amerika Syarikat-China semakin memuncak.

Seorang peniaga memberitahu Bernama, walaupun keadaan bekalan berlebihan sudah semakin pulih, ketidaktentuan yang menyelubungi pasaran global telah menyebabkan ekonomi dunia mencatatkan pertumbuhan perlahan.

"Permintaan ada tetapi disebabkan oleh keadaan pasaran yang tidak menentu, pelabur tidak mamasuki pasaran yang akan menyebabkan harga terus menurun," katanya.

Harga timah di PTKL dijangka bergerak antara AS$19,300 dan AS$19,550 satu tan minggu depan.

Bagi minggu yang baru berakhir, permintaan datang daripada China, Korea Selatan, Jepun, Taiwan, negara Eropah, Pakistan, Bangladesh, United Kingdom dan Amerika Syarikat, serta pembeli tempatan.

Sementara itu, pada asas Jumaat ke Jumaat, harga di PTKL naik AS$280 kepada AS$19,520 satu tan daripada AS$19,240 satu tan minggu sebelumnya.

Jumlah dagangan mingguan merosot kepada 93 tan daripada 101 tan.

Perbezaan harga antara PTKL dan Bursa Logam London pada diskaun AS$25 satu tan pada Jumaat daripada diskaun AS$20 satu tan minggu lepas. - Bernama

Artikel Berkaitan: