Henti ‘political butterflies’

Lee Chean Chung
Lee Chean Chung
A
A
A

KUANTAN - Malaysia bukan Filipina yang mengamalkan ‘political butterflies’ iaitu lompat parti mengikut siapa yang menjadi kerajaan.

Adun Semambu, Lee Chean Chung berkata, istilah itu digunakan sebagai pejoratif dalam politik Filipina, menandakan seorang ahli politik yang melompat dari parti ke parti, didorong kepentingan peribadi.

“Kalau di Malaysia, kita panggil politik kataklah, melompat parti ke sana sini. Sebagai ahli politik muda, saya lihat senario ini amalan tidak sihat.

“Sepatutnya (wakil rakyat) kekalkan sistem demokrasi dan bersaing secara sihat. Jangan jadi wakil rakyat mudah melompat dan jangan pula ada parti yang mudah mengambil sesiapa sahaja,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Beliau berharap, sistem demokrasi dapat dipelihara di mana boleh bersaing dan memberikan manfaat kepada rakyat.

“Saya percaya rakyat kecewa dengan mereka yang melompat parti,” katanya.

Artikel Berkaitan: