Jangan buka ruang wakil rakyat BN sertai PH

AMK
AMK
A
A
A

BATU KURAU - Angkatan Muda Keadilan(AMK) cabang Larut mendesak Majlis Presiden PH membuat keputusan menghentikan pengambilan wakil-wakil rakyat pembangkang menyertai mana-mana parti dalam PH.

Ketuanya, Muhamad Aiman Aizuddin berkata, tindakan menerima wakil rakyat pembangkang mahu menukar baju selepas PRU14 atas kepentingan kuasa adalah satu keputusan tidak menghormati keputusan rakyat memberi mandat kepada PH menerajui negara.

“Tidak ada makna kemenangan PH bagi rakyat Malaysia jika wakil-wakil rakyat dari BN terus diterima dalam mana-mana parti PH.

"Rakyat sudah membuat pilihan pada pilihan raya lepas menolak budaya rasuah, salah guna kuasa, penyelewengan dan pemborosan pemimpin-pemimpin Umno dan BN.

“Hati rakyat akan terluka jika kita terus membuka laluan kemasukan mereka," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Muhamad Aiman berkata, wakil-wakil rakyat yang telah keluar Umno jelas bertentangan dengan semangat demokrasi dan kepercayaan rakyat.

Bagaimanapun, beliau menegaskan usaha mereka yang ingin membantu membawa ke arah kebaikan amatlah diraikan.

“Mereka perlu menjadi wakil rakyat bebas dan memberi khidmat yang terbaik kepada rakyat tanpa mengharapkan imbuhan daripada kerajaan yang mentadbir hari ini.

Artikel Berkaitan:

"Ini akan menunjukkan mereka benar-benar ikhlas bagi memperjuangkan nasib rakyat bukannya sekadar menginginkan imbuhan daripada pemerintah," jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Muhamad Aiman turut membuat pengumuman senarai ahli jawatankuasa AMK cabang Larut pasca Pemilihan Keadilan 2018 pada mesyuarat pertama mereka semalam.

Barisan bagi AMK cabang Larut sesi 2018-2021:

Ketua AMK Cabang: Muhamad Aiman Aizuddin

Timbalan Ketua AMK Cabang: Badrul Hisham Ahmad

Naib Ketua AMK 1 : Unbalagan A/L Parasuraman

Naib Ketua AMK 2 : Husna Sallehudin

Naib Ketua AMK 3 : Zairul Nizal Zakaria

Setiausaha : Aamir Abdul Hadi

Timbalan Setiausaha: Liafatul Aqmar Rusli

Bendahari : Haminuddin Mat Ali

Setiausaha Pengelola : Hasslan Hussain

Timbalan Setiausaha Pengelola : Adib Muhammad Fazil

Ketua Penerangan : Hafiz Zulkifli

Timbalan Ketua Penerangan : Nantha Kumar A/L Virasinggam

Pengarah Komunikasi : Ahmad Najib Yusoff

Pengarah Strategi : (Belum dilantik)

Pengarah Skuad : Mohamad Aidi Shukri Ahmad Hanafi

Pengarah Pilihanraya : Intan Sharina Sharuddin

Biro Disiplin : Nur Aishah Atiqah Zainal Abidin