Mat Redho terima Anugerah Perdana Belia Negara 2018

ATLET sukan ekstrem dan juga pelakon Mat Redho dipilih sebagai penerima Anugerah Perdana Belia Negara 2018, semalam.
Berita itu dikongsi Mat Redho atau nama sebenarnya Mohd Redha Rozlan di laman Instagram miliknya.
“Diamanahkan kepada saya untuk digunakan bagi berbakti kepada Negara. Terima kasih semua kerana memilih saya. Alhamdulillah,” tulisnya.
Selain berbesar hati dengan penganugerahan tersebut, Mat Redho turut gembira kerana ia merupakan kali pertamanya berjabat tangan dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Pengiktirafan itu disampaikan dalam sebuah majlis anjuran Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang diadakan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Rata-rata pengikut Mat Redho mengucapkan tahniah selain mendoakan dia terus berjaya pada masa akan datang.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
- Iklan -Dari Sandakan ke Jerman, Haziq buru impian hoki
29 Oktober 2026 08:10pmBola sepak erat ukhuwah media, JIM
29 Oktober 2026 07:46pmJDT rekodkan 1,400 jaringan sejak 2013
29 Oktober 2026 04:50pmRonaldo atasi Messi, rangkul anugerah B.O.A.T sepanjang zaman
29 Oktober 2026 10:44amArsenal mahu bangkit, jadikan Liverpool mangsa
29 Oktober 2026 10:24amIsteri bawa lima anak cekup suami skandal dengan rakan pejabat
29 Oktober 2026 07:20amJepun, Britain siap siaga simpan bekalan kecemasan
29 Oktober 2026 08:10amLelaki ditemui meninggal dunia dalam tandas sekolah
29 Oktober 2026 03:37pm‘Potong kabel internet Indonesia? Singapura juga boleh lumpuh’ – Menteri Indonesia
29 Oktober 2026 10:44am- Iklan -- Iklan -
