Pelajar tingkatan dua maut terlibat kemalangan

Keadaan motosikal ditunggang mangsa selepas terlibat kemalangan di Jalan Bukit Rambai lewat malam tadi.
Keadaan motosikal ditunggang mangsa selepas terlibat kemalangan di Jalan Bukit Rambai lewat malam tadi.
A
A
A

MELAKA - Seorang pelajar tingkatan dua maut selepas motosikal yang ditunggang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Bukit Rambai, di sini lewat malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, mangsa, Ku Muhammad Arshad Abdullah, 14, yang menunggang motosikal jenis Yamaha LC meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah pada bahagian leher dan dada.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, mangsa beralamat di Taman Sri Tanjung, Kampung Gelam, Tanjung Kling di sini dan juga pelajar di Sekolah Menengah Taman Bukit Rambai.

Menurutnya, hasil siasatan awal, kemalangan dipercayai berlaku apabila sebuah kereta jenis Honda City berwarna putih tiba-tiba membuat pusingan U mengakibatkan motosikal ditunggang Ku Muhammad Arshad dari arah belakang tidak dapat mengelak lalu terlanggar bahagian pintu pemandu sebelah kanan hadapan.

Kesan pelanggaran pada pintu kereta jenis Honda City.
Kesan pelanggaran pada pintu kereta jenis Honda City.

"Akibat kejadian itu, mangsa telah tercampak ke laluan bertentangan dan meninggal dunia di lokasi kejadian.

"Manakala pemandu kenderaan, seorang lelaki berusia 66 tahun mengalami pendarahan pada bahagian hidung serta mata dan terpaksa menerima rawatan di Hospital Melaka," katanya.

Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Melaka untuk bedah siasat dan kedua-dua buah kenderaan kini ditahan bagi pemeriksaan Puspakom.

Artikel Berkaitan:

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.