Lelaki maut terlanggar kuda padi

Kuda padi dilanggar mangsa turut mati dalam kemalangan di sini malam tadi.
Kuda padi dilanggar mangsa turut mati dalam kemalangan di sini malam tadi.
A
A
A

LIPIS - Seeorang penunggang motosikal maut selepas terlanggar seekor kuda padi dalam kemalangan di Kilometer 89, Jalan Lipis-Merapoh di sini, malam tadi.

Dalam kemalangan jam 9.40 malam itu, mangsa, Muhamad Shukri Che Aris, 22, dari Gua Musang, Kelantan yang parah di kepala dan badan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Kuda padi milik penduduk yang dilanggar juga mati di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Lipis, Deputi Superintendan Azly Mohd Noor berkata, kemalangan dipercayai berlaku ketika mangsa menunggang motosikal jenis Yamaha 125ZR dalam perjalanan dari arah Kuala Lipis menghala ke arah Merapoh.

Menurutnya, ketika tiba di lokasi kejadian, mangsa dipercayai gagal mengelak haiwan tersebut yang berada di atas jalan ekoran keadaan laluan yang gelap lalu merempuhnya.

"Akibat rempuhan itu, mangsa terjatuh dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Lipis untuk bedah siasat hari ini," katanya.

Azly berkata, pihaknya sudah mengenal pasti pemilik haiwan tersebut untuk membantu siasatan.

Artikel Berkaitan:

"Kemalangan ini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.