X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 18 Januari 2022

Pemegang motosikal tersumbat dalam rahim

Pemegang motosikal yang berjaya dikeluarkan daripada rahim wanita malang tersebut.
A
A

BHOPAL - Seorang wanita di India selamat menjalani pembedahan mengeluarkan pemegang motosikal yang tersumbat dalam rahimnya.

Wanita berusia 30 tahun itu dimasukkan ke Hospital MY di Indore di negeri Madhya Pradesh pada Isnin lalu selepas mengadu sakit perut.

Doktor yang melakukan imbasan x-ray terkejut selepas mendapati satu objek asing berada dalam rahim wanita tersebut.

Pemegang motosikal itu tersumbat di antara usus kecil dan pundi kencing.

Lapor media tempatan, sepasukan 19 doktor terlibat dalam proses pembedahan yang mengambil masa selama empat jam bagi mengeluarkan objek tersebut.

Keadaan ibu enam itu kini dilaporkan stabil.

Jurucakap hospital, Dr Sonia Moses berkata, wanita terbabit memaklumkan pemegang motosikal itu tersumbat dalam rahimnya selepas dimasukkan secara paksa oleh suaminya yang mabuk.

"Dia telah diugut untuk tidak menceritakan perkara itu kepada orang lain atau dia disakiti.

"Objek itu telah berada di dalam rahimnya selama hampir dua tahun.

"Rahimnya telah terjejas teruk dan harus dibuang, tetapi kami berjaya memulihkan pundi kencingnya," kata Sonia.

Tambahnya, wanita malang itu tidak mampu melahirkan anak lagi selepas ini. - Agensi


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!