Kerajaan akan tumpu isu kos sara hidup

Radzi Jidin semasa sidang media disini.
Radzi Jidin semasa sidang media disini.
A
A
A

KOTA BHARU - Kerajaan akan memberikan tumpuan lebih kepada isu kos sara hidup rakyat dalam rancangan tahun kedua pemerintahan.

Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, kerajaan kini ke arah penyelesaian tersebut kerana ia melibatkan dua komponen penting dalam pembangunan masyarakat.

“Bila bercakap isu kos sara hidup, dua perkara yang perlu diambil kira iaitu pendapatan dan perbelanjaan. Kita mesti lihat apa yang menyebabkan kos sara hidup tinggi, malah pendapatannya adalah rata, tidak meningkat.

"Inilah yang Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sering tekankan bahawa kita mengalakkan majikan untuk beri keutamaan kepada pendapatan dan gaji pekerja supaya mereka mendapat manfaat dari pembangunan negara.

"Dalam masa yang sama, usaha telah dibuat kerajaan untuk melihat bagaimana dapat membantu menurunkan kos sara hidup termasuklah usaha-usaha penguatkuasaan dan struktur ekonomi itu sendiri,"katanya di majlis sambutan Setahun Pakatan Harapan Memerintah Negara dan majlis berbuka puasa di Tanjong Chat, disini hari ini.

Menurutnya, kerajaan juga sedang merancang untuk monopoli beberapa sektor untuk memastikan harga barangan dan keperluan kepetingan rakyat dapat dikawal dan dinilai dengan baik.

Beliau berkata, ia akan diteruskan dari semasa ke semasa untuk memastikan usaha ini memberi manfaat kepada rakyat.

Artikel Berkaitan: