MAINS nafi isu babitkan Baitulmal

Hantaran yang dimuat naik melalui laman sosial.
Hantaran yang dimuat naik melalui laman sosial.
A
A
A

SEREMBAN – Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) menafikan dakwaan membabitkan Perbadanan Baitulmal negeri dan menganggap tuduhan yang cuba memburukkan imej organisasi itu sebagai tohmahan liar serta tidak berasas.

Setiausaha MAINS, Datuk Kamal Amran berkata, meskipun fakta dakwaan yang tular itu tidak benar namun pihak pengurusan tetap mengambil perhatian terhadap komentar, pertanyaan dan pandangan masyarakat.

"Sekiranya ada isu dan perkara yg tidak memuaskan hati mana-mana pihak, boleh berhubung terus pihak pengurusan atau membuat laporan kepada pihak yang berkaitan dengan cara betul dan bukannya melemparkan tuduhan dan tohmahan di media sosial.

"Pihak MAINS akan terus komited untuk memastikan pengurusan kewangan terutamanya dana zakat diuruskan dengan sebaik-baiknya," katanya kepada Sinar Harian di sini hari ini.

Terdahulu, tular di Facebook beberapa senarai salah laku yang didakwa dilakukan oleh pegawai kanan Baitulmal antaranya mengambil duit lebih RM300,000 dari sumber zakat sebagai faedah perpindahan tanpa kelulusan Lembaga Pengarah.

Pegawai itu tutur didakwa mefaraidkan duit zakat bernilai lebih RM1 juta kepada kakitangan Pusat Zakat Negeri Sembilan sebagai faedah perpindahan tanpa kelulusan Lembaga Pengarah.

Artikel Berkaitan: