'Kami sayang kamu': Diana Danielle

Instagram Diana Danielle
Instagram Diana Danielle
A
A
A

[DIKEMASKINI] DATIN Diana Danielle tetap teguh bersama Datuk Farid Kamil Zahari walaupun suaminya dipenjara sembilan bulan atas kesalahan mengguna dadah jenis ganja Tetra Hydrocannibol (THC) Januari tahun lalu.

Menerusi Instagram miliknya, pelakon cantik itu memberi gambaran bahawa kehidupan ini sentiasa penuh cabaran, namun dia, suami dan anak-anak menangani dugaan kehidupan.

Dalam pada itu, Diana juga meluahkan rasa kasih dan sayang kepada Farid walaupun apa pun berlaku.

Ibu kepada sepasang cahaya mata, Muhammad, 6, dan Nur Aurora, 4, juga memuat naik gambar mereka sekeluarga dan kelihatan cukup gembira.

Semalam, Farid, 38, dihukum penjara oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya, Selangor selepas pelakon dan pengarah itu memilih untuk berdiam diri di mana tertuduh sepatutnya tampil membela diri.

ARTIKEL BERKAITAN: Dadah: Farid Kamil dipenjara sembilan bulan

Majistret Nor Ariffin Hisham turut memerintahkan Farid, berada di bawah pengawasan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) selama dua tahun.

Dalam prosiding berkenaan, mahkamah juga tidak membenarkan permohonan pihak pembelaan untuk penangguhan pelaksanaan hukuman.

Berikutan itu Farid Kamil dibawa ke Penjara Kajang dan hukuman penjara itu diperintah bermula tarikh sabitan iaitu semalam.

A post shared by Diana Danielle (@dianadanielleb) on