MBMB bantu Bazar Ramadan hambar

 Tapak Bazar Ramadan Jalan Hang Tuah.
Tapak Bazar Ramadan Jalan Hang Tuah.
A
A
A

MELAKA TENGAH - Kerajaan negeri melalui Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) akan mengambil tindakan proaktif bagi membantu kira-kira 65 peniaga tapak Bazar Ramadan Jalan Hang Tuah yang mendakwa kurang mendapat sambutan.

Ketua Menteri Melaka. Adly Zahari berkata, pihaknya tidak menolak kewujudan beberapa tapak bazar Ramadan di kawasan lain seperti Klebang dan Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) menjadi antara faktor pengunjung berkurangan di bazar berkenaan.

"Pelbagai inisiatif dilakukan MBMB bagi menarik lebih ramai pengunjung termasuk membuka 12 tapak khemah yang tiada penyewa untuk digantikan dengan peniaga trak makanan (food truck) dan memasang lampu diod pemancar cahaya (LED) bagi menceriakan kawasan itu.

"Difahamkan MBMB juga menyediakan sebanyak 300 kain rentang dan gegantung bagi memperhebatkan promosi lokasi tersebut," katanya pada sidang media pasca Mesyuarat Exco di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini, hari ini.

Adly berkata, pihaknya akan mempertimbangkan untuk mengurangkan kadar sewa namun perlu mengambil kira kos yang dibelanjakan pihak berkuasa tempatan bagi membantu meningkatkan promosi di bazar berkenaan.

Artikel Berkaitan: