RM24,000 dana buat 30 pesakit di Hospital Maqasid Aqsa

Sumbangan Gaza

Peserta kembara bergambar warga Gaza yang berada di hospital.
Peserta kembara bergambar warga Gaza yang berada di hospital.
A
A
A

YAN - Seramai 53 peserta kembara ilmiah dan ziarah masjidil Aqsa bersama Suhbah Travel Tours Sdn Bhd telah menziarahi warga Gaza yang berada di hospital.

Pengurus Suhbah Travel Tours Sdn Bhd, Khairol Anuar Ahmad berkata mereka yang menaiki penerbangan Uzbekistan Airways turut menyampaikan sumbangan khusus kepada warga Gaza yang sedang dirawat di Hospital Maqasid, Aqsa.

Katanya, seramai 30 pesakit pelbagai jenis penyakit yang turut terdiri daripada lapan kanak-kanak sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) hospital berkenaan.

"Setiap pesakit diberi sumbangan sebanyak RM800 manakala pesakit kritikal diberikan sumbangan sebanyak RM1,200," katanya.

Kanak-kanak turut mendapat sumbangan wang daripada pihak syarikat
Kanak-kanak turut mendapat sumbangan wang daripada pihak syarikat

Menurut Khairol, pihak Hospital telah menyediakan nama pesakit yang sangat memerlukan bantuan.

"Sumbangan ini adalah hasil kutipan daripada sahabat dan peserta pakej bersama syarikat kita sebelum ini dan juga daripada masyarakat tempatan," katanya.

Tambah Khairol, sebahagian besar hasil sumbangan adalah daripada kelas pengajian agama di Masjid dan Surau sekitar Kubang Pasu dan Alor Setar.

Artikel Berkaitan:

"Selain daripada itu, hasil sumbangan juga adalah daripada hasil jualan buku terbitan Suhbah Travel Tours Sdn Bhd yang disusun khas Sejarah Aqsa yang berjudul Aqsa di hati kami," katanya.

Khairol menyampaikan sumbangan wang kepada pesakit di Hospital Maqasid Aqsa
Khairol menyampaikan sumbangan wang kepada pesakit di Hospital Maqasid Aqsa

Khairol berkata, jumlah sumbangan yang telah disampaikan terus kepada pesakit adalah berjumlah RM24,000.

"Dana selebihnya telah diserahkan kepada Tabung Kecemasan Pesakit Hospital Maqasid, Aqsa berkenaan bagi tujuan kegunaan pesakit yang memerlukan.

"Sumbangan yang diberikan amat membantu terutamanya dalam suasana mereka yang sudah tidak mempunyai ahli keluarga," katanya.

Khairol berkata, pihaknya sangat berharap sumbangan berterusan daripada orang ramai bagi memastikan misi sumbangan ini dapat diteruskan pada masa akan datang.